Setiap dari kita mesti mempunyai hero ikutan tersendiri. Selalunya hero atau idola kita ni mesti dari golongan yang pernah memberi impak (perhhh) atau ada sesuatu yg hebat yg penah org tu buat…bagi aku, hero pujaan hati aku adalah tak lain tak bukan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad atau dengan gelaran yg selalu orang panggil Tun M @ Dr. M @ Che Det…aku nak ceritakan sikit pasai biodata Che Det ni…beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di rumahnya (mestila kat rumah dia, tak kan rumah hangpa plak kan huhu) di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Aloq Setaq, Kedah (sekampung dengan aku ni)…ibu dah ayah beliau bernama Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi.

Beliau merupakan anak bongsu dari sembilan orang adik-beradik. Dr. M memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (sekolah utk golongan cerdik pandai di Aloq Setaq). Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. Pada tahun 1947 beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura dan pada 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar.

Akan tetapi perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. M bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tapi dia tak mau. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.M mendapat kepercayaan lagi untuk menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari saat tu lah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Detik yg paling bersejarah adalah pada 16 Julai 1981 Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun, berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan. Dr. M mendapat gelaran "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan Perdana Menteri yg paling lama berkhidmat, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Kehebatan beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. Macam2 projek mega pada zaman pemerintahannya yg dapat kita tengok seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), KLIA, Putrajaya, Sepang International Circuit dan Multimedia Super Coridor/MSC.

Sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau, aku dapat lihat Dr. M telah membawa Malaysia ke satu level yang tinggi di dunia, sama level dengan negara maju yg lain. Malaysia dah menjadi negara yang dihormati di pentas dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam telah dijadikan contoh oleh negara2 Islam lain di dunia.

Terima kasih Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, jasa2 mu akan tetap aku kenang hingga hujung nyawa….

1 comments:

.Linda Riko. said...

.abg bob.. sy suka ini org.

Post a Comment

Copyright 2010 My Conspiracy
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger