Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (Surah Al-‘Asr)


Memang selalu kita dengaq surah ni, membacanya pun harap2 selalu la ya hehe…kita hidup sebagai manusia ni hanya ada 24 jam sehari, semua sama, tak dak yang lebih dan tak dak yang kurang…dan kita memang sentiasa dalam kerugian sebab dalam surah Al-Asr ni, Allah SWT mengatakan bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:


1. mereka yang beriman

2. beramal soleh

3. menasihati atas kebenaran dan

4. menasihati atas kesabaran


Oleh kerana itu kita sebagai manusia perlu selitkan semua elemen2 kat atas tu dalam kehidupan kita seharian supaya kita tak jadi manusia yang sentiasa dalam kerugian. Contohnya seperti sekarang aku agak bosan disebabkan masa lapang agak banyak, selalunya siang aku bekerja dan malam aku buat belajaq part-time disalah satu IPTA kat shah alam. Jadi bila cuti semester ja, aku akan jadi boring sebab tak dak aktiviti sebelah malam, nak hang-out malam2 malas la plak, bukan zaman budak2 lagi.


Oleh sebab tu aku pilih aktiviti blog ni, sebelum ni aku penah buat blog tapi tak penah aktif lama, aku cepat bosan. Tapi kali ni mcm ada semangat nak menulih @ menaip. Maybe pemikiran dah berubah kot hehe. Jadi melalui blog aku ni aku nak berpesan-pesan sesama kita, berpesan atas dasar kebaikkan supaya kita semua bukan dikalangan manusia yg rugi.

0 comments:

Post a Comment

Copyright 2010 My Conspiracy
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger