Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pelayar2 internet hehe…dah lama sangat tak dak entry dalam blog aku ni…bukan sebab tak minat, tapi sebab bz dengan kehidupan seharian dan bz dengan aktiviti edit mengedit gambar…dengan aktiviti photo-shot nya lagi…untuk pengetahuan semua aku ni baju jugak berjinak2 dlm dunia DSLR ni huhu…baru nak belajaq2 hehehe…itu yg tak ter’update’ blog aku ni…

Petang ni aku terpanggil untuk nak mengarang kat blog aku ni…memandangkan ada kelapangan…aku dok pikiaq nak boh tajuk apa entry ni…tapi yg pastinya entry ni berkisarkan dengan penipuan internet…mungkin ada yg tak setuju dengan apa yg akan aku karang nanti…ini hanya pandangan aku…kalau tak setuju aku tak boleh nak buat apa…

Aku rasa hangpa semua mesti penah dengaq dengan MLM, affiliate marketing atau sistem pemasaran gabungan dan mcm2 lagi yg sewaktu dengan nya huhu…mcm2 jenis ada…ada yg kena jual barang, dan ada jugak yg tak payah juai barang…mcm2 ada…aku rasa hangpa semua pun mesti penah tengok…aku nak dedahkan nama kompeni depa kat sini takot aku kena saman plak wahahaha…tak pasai2 ja hehe...

Aku memang tak percaya langsung dengan MLM dan adik beradik dia yg aku dah tulis kat atas tu…dah ramai sangat yg ajak aku join…aku pun sampai dah tak tau nak mengelak mcm mana…yg syok nya…semua member2 aku yg ajak aku join tu, aku tengok, tak kaya2 pun sampai la ni…sengkek mcm aku jugak…kata bleh jadi jutawan hahaha…

Sebentar tadi aku baru menerima SMS dari rakan, ajak join ada satu bisnes mcm MLM (tapi ada yg cakap pemasaran gabungan) aku pun tak tau nak cakap mcm mana…aku cakap, tunggu aku free2 nnt bleh la jumpak (mmg berakaq la tunggu huhu)…benda tu menerapkan konsep advertising untuk mendapatkan wang…sebelum ni pun ada member yg dah ajak aku join benda ni…tapi mcm biasa aku mengelak…kali ni susah sikit nak mengelak huhu…

Disebabkan benda ni aku dah tau, jadi aku bagi sikit apa yg akan peserta dapat kalau join :

· Kad xxx-Enxrgy

· Sistem Bxlx SMS

· Ruang Pengiklanan Di ………….com

· Sebuah blog dan subdomain

· Audio (5 level transcendence system : ultra medication)

· 500 Ratusan Ebook Mengenai Plan Bisnes dan beberapa guide Marketing

Aku nak Tanya hangpa semua la, hangpa nak tak semua benda di atas tu dengan bayaran sebanyak hampir dua ratus +++ ?…meh aku buat ulasan sikit berkenaan list tu kat bawah…

· Kad xxx-Enxrgy (tidak terbukti keberkesanan)

· Sistem Bxlx SMS (SMS free pun ada)

· Ruang Pengiklanan Di ………….com (domain setahun baru RM35, ini dapat ruang pengiklanan jer)

· Sebuah blog dan subdomain (blog free bersepah)

· Audio (5 level transcendence system : ultra medication) (bleh download free)

· 500 Ratusan Ebook Mengenai Plan Bisnes dan beberapa guide Marketing (bersepah dalam internet dan percuma)

Common la beb…dunia sekarang dah canggih…ada lagi yg nak menipu dengan cara ni…dan yg kena tipu adalah golongan2 yg kurang pengetahuan tentang dunia internet…dalam internet tu…mak, ayah, dengan adik beradik ja yang tak dak…yg lain semua ada…jadi terpulang la kat hangpa semua nak terima atau tak…lagi baguih aku pi amek upah amek gambaq…at least aku tak tipu orang hehehe…renung2kan lah dan selamat beramal…


Setiap dari kita mesti mempunyai hero ikutan tersendiri. Selalunya hero atau idola kita ni mesti dari golongan yang pernah memberi impak (perhhh) atau ada sesuatu yg hebat yg penah org tu buat…bagi aku, hero pujaan hati aku adalah tak lain tak bukan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad atau dengan gelaran yg selalu orang panggil Tun M @ Dr. M @ Che Det…aku nak ceritakan sikit pasai biodata Che Det ni…beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di rumahnya (mestila kat rumah dia, tak kan rumah hangpa plak kan huhu) di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Aloq Setaq, Kedah (sekampung dengan aku ni)…ibu dah ayah beliau bernama Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi.

Beliau merupakan anak bongsu dari sembilan orang adik-beradik. Dr. M memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (sekolah utk golongan cerdik pandai di Aloq Setaq). Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. Pada tahun 1947 beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura dan pada 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar.

Akan tetapi perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. M bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tapi dia tak mau. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.M mendapat kepercayaan lagi untuk menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari saat tu lah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Detik yg paling bersejarah adalah pada 16 Julai 1981 Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun, berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan. Dr. M mendapat gelaran "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan Perdana Menteri yg paling lama berkhidmat, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Kehebatan beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. Macam2 projek mega pada zaman pemerintahannya yg dapat kita tengok seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), KLIA, Putrajaya, Sepang International Circuit dan Multimedia Super Coridor/MSC.

Sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau, aku dapat lihat Dr. M telah membawa Malaysia ke satu level yang tinggi di dunia, sama level dengan negara maju yg lain. Malaysia dah menjadi negara yang dihormati di pentas dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam telah dijadikan contoh oleh negara2 Islam lain di dunia.

Terima kasih Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, jasa2 mu akan tetap aku kenang hingga hujung nyawa….


Setelah sekian lama aku tak pi ofis (menghampiri dua minggu), hari ni baru masuk ofis…biasa la student + kerja…exam la, hape la huhu…tak sempat habeh exam kat UiTM, ditambah plak dengan PTK nya pulak…memang berasap kepala…tapi suasana kat ofis aku mmg tak dinafikan mmg best, tambah2 plak dengan semua kepala gila2nya…siap ada Pembangkang Tegar, Kumpulan S, lepaih tu mcm2 lg la…ditambah plak hari ni ‘rasa kebebasan’ tu sgt meluap2 disebabkan pemindahan bos besaq ke ofis lain…rasa mcm merdeka wooo…

Aku sampai ja ofis pagi tadi, ofis-mate aku kata hari ni ada Audit 5S…adohai 5S lagi, dah la kat ofis aku dah ada Kumpulan S (samdol) hahaha…sebelum aku bercuti dekat 2 minggu, aku punya kerani ada tempah carta organisasi…sebab keperluan 5S kat tempat aku (mmg keperluan ka..?) aku pun tak tau…sekali aku tengok tak dak lagi…adohai…dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai hero, aku pun apa lagi terus ‘on’ computer hahaha…dan terus log-in kedalam facebook huhuhu…biasa la, pemanas badan pagi2…ketika itu jam baru menujukkan pukul 6.50 pagi ya tuan2 dan puan2…belum masuk waktu bekerja…lekk luuuu huhuhu…

Lepas tu aku mula edit carta organisasi yg aku penah buat dulu, tapi kecik la, saiz A3 ja…tapi yg aku nak buat kali ni saiz A0…gedabak besaq…dengan penuh konfiden aku edit la menatang tu kat Microsoft Power Point 2007 yg telah di ‘install’ kan oleh En. Apit kat computer aku suatu masa dulu…godek punya godek, haram betoi asyik tak betoi2…lari sana lari sini…bengong betoi huhu…sekali baru aku teringat carta organisasi yg En. Vijay penah buat dulu…aku trus print screen ja benda alah tu…aku dah malaih nak edit2…buang masa muda remaja aku ja huhuhu…

Cabaran kedua plak, mencuba nak print carta tu kat atas kertas A0…plotter ada, tapi dah lama tak guna…sepanjang tiga tahun aku berkhidmat dengan penuh tekun kat ofis aku ni, haram sekali pun aku tak penah tengok ada yang guna plotter tu…hati aku berdebar2 (cewah haha)…boleh ja nak pi print kat Unit IT, tapi malaih nak naik turun tangga, bukan nya dekat hehe…aku pun kasi keluaq glossy paper utk plotter tu…aku mintak En. Adzis tolong, sebab plotter tu sambung kat computer dia…

Memang superb plotter HP 500 tu, terbaikk la…boleh lagi print walaupun dah bertahun tak guna hahaha…dah siap print aku suruh presiden S dengan setiausaha S pi lekat kat dinding ofis haha…inilah kejayaan aku pada pagi tadi…sekian huhuhu…


Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (Surah Al-‘Asr)


Memang selalu kita dengaq surah ni, membacanya pun harap2 selalu la ya hehe…kita hidup sebagai manusia ni hanya ada 24 jam sehari, semua sama, tak dak yang lebih dan tak dak yang kurang…dan kita memang sentiasa dalam kerugian sebab dalam surah Al-Asr ni, Allah SWT mengatakan bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:


1. mereka yang beriman

2. beramal soleh

3. menasihati atas kebenaran dan

4. menasihati atas kesabaran


Oleh kerana itu kita sebagai manusia perlu selitkan semua elemen2 kat atas tu dalam kehidupan kita seharian supaya kita tak jadi manusia yang sentiasa dalam kerugian. Contohnya seperti sekarang aku agak bosan disebabkan masa lapang agak banyak, selalunya siang aku bekerja dan malam aku buat belajaq part-time disalah satu IPTA kat shah alam. Jadi bila cuti semester ja, aku akan jadi boring sebab tak dak aktiviti sebelah malam, nak hang-out malam2 malas la plak, bukan zaman budak2 lagi.


Oleh sebab tu aku pilih aktiviti blog ni, sebelum ni aku penah buat blog tapi tak penah aktif lama, aku cepat bosan. Tapi kali ni mcm ada semangat nak menulih @ menaip. Maybe pemikiran dah berubah kot hehe. Jadi melalui blog aku ni aku nak berpesan-pesan sesama kita, berpesan atas dasar kebaikkan supaya kita semua bukan dikalangan manusia yg rugi.

Copyright 2010 My Conspiracy
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger