Browse » Home
Katana (刀) adalah pedang panjang Jepun (daitō, 大刀), walaupun ramai penduduk Jepun menggunakan perkataan ini sebagai merujuk kepada semua jenis pedang. Katana (disebut sebagai [katana]) adalah kunyomi (Sebutan Jepun) bentuk kanji 刀; onyomi (Sebutan Cina) adalah tō. Ia merujuk kepada pedang satu mata, melengkung yang khusus yang secara tradisi digunakan oleh samurai Jepun.
Senjata ini biasanya dipakai oleh ahli kelas pahlawan buke berpasangan dengan wakizashi, atau pedang pendek. Kedua-dua senjata secara bersama, dikenali sebagai daisho, dan melambangkan kuasa masyarakat dan maruah samurai (buke pengiring kepada daimyo). Sarung senjata scabbard bagi katana dikenali sebagai saya, dan kepingan pelindung tangan, yang direka halus sebagai hasil seni yang unik terutama pada akhir tempoh Edo, yang dikenali sebagai tsuba.
Katana biasanya digunakan untuk memotong (walaupun ia boleh digunakan untuk menikam), dan boleh digunakan dengan menggunakan satu atau dua belah tangan. (dua belah tangan lebih biasa). Katana biasanya dikenakan dengan mata pedang sebelah atas. Sementara kesenian menggunakan pedang untuk tujuan asalnya kini telah lapuk, kenjutsu telah bertukar menjadi gendai budo - kesenian bela diri untuk masa kini. Kesenian menghunus katana adalah iaido (juga dikenali sebagai battō-jutsu atau iaijutsu), dan kendo adalah seni berpedang dengan shinai (pedang buluh) dengan perlindungan topi dan perisai, tambahan lagi, iaijutsu adalah bentuk bermain pedang di medan pertempuran. Sekolah pedang koryu lama masih wujud (Kashima Shinto Ryu, Kashima Shin Ryu, Katori Shinto Ryu).
Semua pedang Jepun dihasilkan mempunyai bentuk yang agak sekata. Apa yang membezakan pedang yang berlainan adalah panjangnya. Pedang Jepun diukur dalam unit "Shaku". Satu shaku sekitar 12" atau 30 cm.
komposisi:
Besi adalah bakinya (membentuk sebahagian besar besi waja).
Peratusan besar karbon memberikan bilah kekuatan, sementara silikon meningkatkan kelenturan mata bilah termasuk keupayaannya menangani ketegangan. Katana direka untuk memotong daging, oleh itu komposisi ini tidak selalunya mencukupi untuk menembusi perisai.

- Bilah yang lebih pendek dari 1 shaku dianggap tanto (pisau).
- Bilah yang lebih panjang dari 1 shaku tetapi kurang dari 2 dianggap wakizashi (pedang pendek).
- Bilah yang lebih panjang dari 2 shaku dianggap 'daito', atau pedang panjang. Pedang 'katana' termasuk dalam kelas ini. Bagaimanapun, istilah 'katana' sering disalah gunakan: sesuatu pedang hanya dianggap katana sekiranya ia dikenakan dengan mata keatas melalui ikat pinggang (biasanya diiringi dengan wakazashi atau tanto). Jika ia digantung dengan ikatan dari pinggang, ia dikenali sebagai 'tachi'.Mata bilah yang luar biasa panjang, dipakai menyendeng dibelakang, dikenali sebagai ōdachi atau nodachi. 'ōdachi' juga digunakan seerti dengan katana.Perlu juga disedari bahawa terdapat banyak jenis pedang kayu untuk tujuan latihan, termasuk jenis diperbuat daripada kayu(bokken) dan yang diperbuat daripada buluh (sering digunakan untuk latihan kendo, biasanya dirujuk sebagai shinai).
komposisi:
- 0.04% molybdenum
- 0.05% tungsten
- 0.02% titanium
- 1.54% tembaga
- 0.11% manganese
- 0.1% to 3% karbon
Besi adalah bakinya (membentuk sebahagian besar besi waja).
Peratusan besar karbon memberikan bilah kekuatan, sementara silikon meningkatkan kelenturan mata bilah termasuk keupayaannya menangani ketegangan. Katana direka untuk memotong daging, oleh itu komposisi ini tidak selalunya mencukupi untuk menembusi perisai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment